Anda Seperti Apa Yang Anda Fikirkan

Suatu hari seorang petani terjumpa telur burung helang di atas sepohon pokok yang dijadikan sarang oleh burung helang. Petani itu membawa balik dan meletakkan telur itu bersama-sama dengan telur ayam. Selepas menetas, anak helang itu hidup seperti anak ayam yang lain.

Suatu hari, ia melihat burung helang yang terbang dengan megahnya diangkasa. Berkatalah anak helang tadi.

“Wah ! Siapakah gerangan yang terbang dengan pantas dan gagah itu?”
“Itulah helang, raja segala burung,” kata anak ayam.
“Tidak bolehkah kita terbang sepertinya?” kata anak helang lagi.
“Janganlah bermimpi kerana kita hanya ayam, makluk didaratan. Manakala helang burung yang memang gagah diudara.”

Anak helang melihat banyak persamaan yang terdapat pada dirinya dengan helang yang terbang diudara.Namun kerana kata-kata anak ayam disekelilingnya yang mengatakan dirinya hanya anak ayam, ia hanya boleh makan dan minum seperti ayam. Anak helang mempercayai ia tidak boleh terbang seperti helang yang gagah diudara walaupun ia mempunyai kebolehan terbang tinggi dilangit.