Berani Gagal


BERANI GAGAL adalah suatu realiti yang perlu kita hadapi. Semua orang akan berdepan dengan kegagalan. Ini cerita Gagal semua orang tak suka nak dengar. Bikin orang sedih dan jauh hati aje. Namun demikian cuba fikirkan kalo takder kegagalan takkan ada kejayaan. Kejayaan yang datang itu sahabat kepada kegagalan.

Marilah kita BERANI GAGAL.

Jangan sekali segan silu untuk gagal. Ramai orang yang gagal terus mengaku kalah setelah berusaha untuk kali pertama dan bukannya berkali kali dan berulang kali untuk gagal. Namun semua orang tidak suka itu istilah BERANI GAGAL. Segan. Malu. Rendah diri semuanya terasa begitu terancam dengan gaya hidup sedemikian rupa.

Dan semua orang mempunyai pengalaman pahit maung cabaran kegagalan dalam hidup mereka dengan situasi yang berbeza-beza.

Sujud

9 Fakta penting dalam mencapai matlamat anda

1. Kuasai masa anda
"Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"
2. Keputusan di tangan anda..Jangan biarkan orang lain menghalang anda.
"Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya ada seorang sahaja yang boleh melakukannya untuk selama-lamanya"
3. Hapuskan ketakutan.
"Jika anda takut mencuba,anda tidak akan pernah gagal. Tetapi takut untuk mencuba membuat anda tidak akan berjaya".
4. Praktikan sikap positif
5. Gambaran minda
"Kejayaan bukan destinasi,ianya adalah perjalanan, anda perlu gambarkan arah kemana tujuan perjalanan tersebut".
6. Bina imej diri positif
7. Capai sebarang peluang yang mendatang
"Peluang hanya datang sekali"
8. Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu
9. Ambil tindakan sekarang- Jangan cakap-cakap kosong sahaja.
"Action speak louder than words"
"1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah hasil usaha"

Keputusan ditangan anda,jangan biarkan sesiapa menghalang anda

Kekurangan Bukanlah Penghalang Kejayaan

SEMUANYA DARIPADA FIKIRAN


Tahukah anda semua benda ataupun tindakan datang daripada minda anda?? Bagaimana anda menggunakan minda bagi menentukan apa yang anda lalui. Apabila anda perhatikan segala benda yang dicipta ataupun dihasilkan , ia lahir daripada idea yang dikeluarkan oleh minda manusia. Oleh itu , sebelum sesuatu perkara ataupun benda terhasil , ia perlu melalui proses pemikiran dalam minda. Apabila anda ingin melahirkan benda yang nyata di dunia ini, anda perlu melihat kewujudan benda itu dalam dunia minda anda.



“Kejayaan dan kelemahan orang melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih , tekun dan tidak putus asa adalah kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini Kurang wujud dalam cara orang melayu berfikir.”- Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary-.

* -perhatikan gambar diatas-

Masa Adalah Amanah

Seminit masa berlalu tidak akan kembali selama-lamanya. Satu detik terbuang dengan sia-sia akan bertambah satu titik noda dihati. Di akhirat nanti setiap manusia akal mengharapkan semua detik-detik masa diisi dengan perkara yang berguna.


Mengguruskan penggunaan masa secara terperinci memerlukan kita membuat perancangan teliti antaranya:

1. Menggunakan diari.
Berasaskan objektif tahunan, pecahkan objektif yang hendak dicapai setiap bulan selama 12 bulan, objektif bulan dipecahkan kepada objektif mingguan. Tentukan jumlah hari kerja dalam seminggu. Seterusnya objektif harian dan objektif setiap jam. Jika anda bekerja selama 8 jam sehari tentukan apakah pekerjaan utama yang mesti dilakukan setiap hari dan berapakah jam perlu diperuntukkan.

2. Plan harian.
Rancanglah bagaimana hendak memanfaatkan setiap jam setiap hari secara maksima. Pastikan anda tidur awal agar dapat memulakan kerja diawal hari dengan minda dan badan yang sihat dan segar. Pastikan anda menyemak perancangan kerja anda setiap hari diawal pagi dan dimalam hari. Masukkan tabiat membaca sekurang-kurannya 1 jam sehari.

3. Jika anda berkerja sendiri dan sentiasa membuat pemasaran produk anda, pastikan anda mempunyai temujanji perniagaan ketika sarapan, minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Anda tidak dinamakan berkerja jika anda tidak bertemu pelanggan baru yang belum anda kenali setiap hari.

4. Gunakan masa terluang di dalam kereta dengan mendengar tape-tape motivasi dan ilmu yang boleh meningkatkan diri anda.

5. Jangan lupa merekodkan skil-skil baru yang anda lakukan dan menulis analisa keberkesanan , skil yang produktif atau sebaliknya, sebagai rujukan anda, supaya anda tidak mengulang kesilapan yang sama atau anda mengulang skil yang di dapati amat berkesan.

6. Jika anda dibidang pemasaran gunakan 75% masa kerja untuk bertemu pelanggan baru dan bakinya untuk membuat followup dan memberi khidmat selepas jualan.

7. Tanya diri anda setiap hari, apakah kerja yang paling produktif hari ini?
8. Sentiasalah perbaiki perancangan anda.

9 Fakta Penting Dalam Mencapai Matlamat Anda

1. Kuasai masa anda "Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"
2. Keputusan di tangan anda..Jangan biarkan orang lain menghalang anda. "Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya ada seorang sahaja yang boleh melakukannya untuk selama-lamanya"
3. Hapuskan ketakutan. "Jika anda takut mencuba,anda tidak akan pernah gagal. Tetapi takut untuk mencuba membuat anda tidak akan berjaya".
4. Praktikan sikap positif
5. Gambaran minda "Kejayaan bukan destinasi,ianya adalah perjalanan, anda perlu gambarkan arah kemana tujuan perjalanan tersebut".
6. Bina imej diri positif
7. Capai sebarang peluang yang mendatang "Peluang hanya datang sekali"
8. Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu
9. Ambil tindakan sekarang- Jangan cakap-cakap kosong sahaja. "Action speak louder than words" "1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah hasil usaha"
Keputusan ditangan anda,jangan biarkan sesiapa menghalang anda

Cenderung Kepada Kemiskinan

Ramai yang dibelenggu kemiskinan tidak sedar kenapa mereka tidak berjaya membebaskan diri daripada kemiskinan. Selalunya pelbagai alasan yang yang diberikan bagi menutup kelemahan diri sendiri ataupun menyalahkan takdir padahal kekayaan berada disekeliling mereka.


Kelemahan utama adalah mereka cenderung kepada kegagalan dan kemiskinan. Setiap hari , mereka memikirkan hal-hal kesusahan, kegagalan dan kemiskinan. Mereka bergaul dan hanya berkawan dengan orang yang gagal. Mereka hanya hanya mendengar cakap-cakap orang yang sama kedudukan kewangan dengan mereka. Apabila anda dekat dengan orang yang gagal, anda berfikir seperti mereka. Mereka meletakkan halangan dalam diri dengan memprogramkan minda mereka dengan gambaran dan bayangan kesusahan . Ia ibarat doa yang merealisasikan ketakutan yang terdapat dalam dunia minda mereka.

Apabila anda perhatikan golongan yang gagal, mereka sentiasa memberi ataupun mencipta cerita-cerita yang salah dan memburukkan orang yang berjaya mendapatkan kekayaan. Bagaimana mereka boleh mendapatkan kekayaan sekiranya tertanam rasa benci dengan kekayaan yang diperoleh oleh orang lain? Ia ibarat racun yang membunuh diri mereka. Kenapa perlu takut menggambarkan diri anda dengan kekayaan??????


Sikap Seorang Yang Berjaya

1. Memiliki impian hidup yang jelas dan bersebab.

2. Memiliki peta kejayaan dan mempunyai objektif harian, bulanan dan tahunan yang jelas

3. Mengurus masa dengan betul.

4. Penampilan yang meyakinkan.

5. Memiliki sikap pemikiran yang positif

6. Memiliki sikap amalan yang cemerlang

7. Emosi stabil dan bebas membuat keputusan.

8. Sentiasa serius dan fokus kepada kejayaan.

9. Mempraktikkan semua ilmu.

10. Bersyukur



Sunnah Kejayaan

” Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu (kelemahan) yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka ubah sesuatu (kelemahan) yang ada di dalam diri mereka”

Kejayaan bermula dengan mengubah susun atur minda dengan berfikir secara betul. Mengubah kepercayaan negatif. Mengubah keyakinan yang tidak berasas. Menggariskan objektif dan impian yang mampu dilaksanakan. Membuat peta tindakan dalam semua aspek perubahan. Mengawal emosi dan menjuruskan kepada matlamat. Sikap yang betul dan bertindak secara efektif.

Ukuran Kebijaksanaan

“ Orang yang bijak ialah mereka yang mampu memiliki apa yang mereka mahu”.


4 Cara Meningkatkan Kebijaksanaan


Clarity- Kejelasan •Jelas objektif dalam hidup–Jelas apakah yang anda mahu•Pendapatan•Cara hidup•Keluarga•Kesihatan


Concentration-fokus •Fikir setiap hari•Mampu Membuka Minda•Kreatif•Tahu cari jalan–Satu jalan tertutup banyak jalan lain terbuka.


Pendekatan yang sistematik •Pemikiran yang tersusun.


Menyelesaikan masalah secara tersusun •Kawal emosi•Tuliskan semua masalah•Tuliskan cara penyelesaian kepada setiap masalah•Selesaikan masalah satu persatu.


Kekuatan Minda Manusia

“Semua insan dilahirkan dan dianugerahkan kuasa ini. Malangnya kita tidak menyedari, tidak mahu menggunakannya ataupun mempelajari apatah lagi memahirkanya. Kita hanya mengunakan 10 % daripada kekuatan minda kita. Selebihnya tidak digunakan dengan betul menyebabkan 75 % daripada usaha anda menemui kegagalan. Bayangkan apa berlaku apabila anda memaksimumkan penggunaan minda anda itu. Pastinya keajaiban berlaku! Hantarkan mesej yang betul kepada teman terhebat anda iaitu minda separa sedar anda yang merealisasikan segala impian anda menjadi kenyataan. Punca utama anda tidak mencapai apa yang anda kehendaki dalam kehidupan adalah kerana anda tidak tahu berkomunikasi dengan minda separa sedar ataupun berkemungkinan anda menghantar mesej yang salah.”


Fikir-fikirkanlah..........


Anda Seperti Apa Yang Anda Fikirkan

Suatu hari seorang petani terjumpa telur burung helang di atas sepohon pokok yang dijadikan sarang oleh burung helang. Petani itu membawa balik dan meletakkan telur itu bersama-sama dengan telur ayam. Selepas menetas, anak helang itu hidup seperti anak ayam yang lain.

Suatu hari, ia melihat burung helang yang terbang dengan megahnya diangkasa. Berkatalah anak helang tadi.

“Wah ! Siapakah gerangan yang terbang dengan pantas dan gagah itu?”
“Itulah helang, raja segala burung,” kata anak ayam.
“Tidak bolehkah kita terbang sepertinya?” kata anak helang lagi.
“Janganlah bermimpi kerana kita hanya ayam, makluk didaratan. Manakala helang burung yang memang gagah diudara.”

Anak helang melihat banyak persamaan yang terdapat pada dirinya dengan helang yang terbang diudara.Namun kerana kata-kata anak ayam disekelilingnya yang mengatakan dirinya hanya anak ayam, ia hanya boleh makan dan minum seperti ayam. Anak helang mempercayai ia tidak boleh terbang seperti helang yang gagah diudara walaupun ia mempunyai kebolehan terbang tinggi dilangit.



Gemuruh

Lirik Lagu : gemuruh
Oleh : Faizal Tahir

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

Cabaran Hidup

" Kadang-kala tuhan sembunyikan matahari , didatangkan kita dengan petir dan kilat.
Kita menanggis dan tertanya-tanya dimana hilangnya sinar. Rupa-rupanya Tuhan nak hadiahkan kita sebuah pelangi yang indah."



Untukmu Bonda



Fikirkan Boleh

Membangun Kepercayaan diri

Bagi sebahagian kita yang punya masalah rendahnya kepercayaan- diri atau merasa telah kehilangan kepercayaan diri, mungkin Anda boleh menjadikan langkah- langkah berikut ini sebagai proses latihan:


1. Menciptakan definisi diri positif.


Steve Chandler mengatakan, “Cara terbaik untuk mengubah sistem keyakinanmu adalah mengubah definisi dirimu.”


Bagaimana menciptakan definisi diri positif. Di antara cara yang boleh kita lakukan adalah:


o Membuat kesimpulan yang positif tentang diri sendiri / membuat pendapat yang positif tentang diri sendiri. Positif di sini ertinya yang boleh mendorong atau yang boleh membangun, bukan yang merosakkan atau yang menghancurkan.


o Belajar melihat bahagian-bahagian positif / kelebihan / kekuatan yang kita miliki


o Membuka dialog dengan diri sendiri tentang hal-hal positif yang boleh kita lakukan, dari mulai yang paling kecil dan dari mulai yang boleh kita lakukan hari ini.


Selain itu, yang perlu dilakukan adalah menghentikan persepsi diri negatif yang muncul, seperti misalnya saya tidak punya kelebihan apa-apa, hidup saya tidak berharga, saya hanya beban masyarakat, dan seterusnya. Setelah kita menghentikan, tugas kita adalah menggantinya dengan yang positif, konstruktif dan motivatif. Ini hanya syarat awal dan tidak cukup untuk membangun kepercayaan diri.


2. Memperjuangkan keinginan yang positif


Selanjutnya adalah merumuskan program / agenda perbaikan diri. Ini boleh berbentuk misalnya memiliki target baru yang hendak kita wujudkan atau merumuskan langkah-langkah positif yang hendak kita lakukan. Entah itu besar atau kecil, yang pentingnya harus ada perubahan atau peningkatan ke arah yang lebih positif. Semakin banyak hal-hal positif (target, tujuan atau keinginan) yang sanggup kita wujudkan, semakin kuatlah keinginan kita. Kita perlu ingat bahawa pada akhirnya kita hanya akan menjadi lebih baik dengan cara melakukan sesuatu yang baik buat kita. Titik. Tidak ada yang boleh mengganti prinsip ini.


3. Mengatasi masalah secara positif


Semangat juga boleh diperkuatkan dengan cara memberikan bukti kepada diri sendiri bahwa kita ternyata berhasil mengatasi masalah yang menimpa kita. Semakin banyak masalah yang sanggup kita selesaikan, semakin kuatlah motivasi diri. Lama kelamaan kita menjadi orang yang tidak mudah menyerah kalah ketika menghadapi masalah. Kerana itu ada yang mengingatkan, begitu kita sudah terbiasa merasa pasrah atau kalah, ini nanti akan menjadi kebiasaan yang membuat kita seringkali bermasalah.


4. Memiliki dasar keputusan yang positif.


Kalau dibaca dari praktis hidup secara keseluruhan, memang tidak ada orang yang selalu yakin atas kemampuannya dalam menghadapi masalah atau dalam mewujudkan keinginan. Orang yang sekelas Mahatma Gandhi saja sempat goyah ketika tiba-tiba realiti berubah secara tak terduga-duga. Tapi, Gandhi punya cara yang boleh kita tiru:


“Ketika saya putus asa maka saya selalu ingat bahwa sepanjang sejarah, jalan yang ditempuh dengan kebenaran dan cinta selalu menang. Ada beberapa kejahatan dan pembunuhan yang sepertinya menang tetapi akhirnya kalah. Fikirkan ucapan saya ini, SELALU”. Ertinya, kepercayaan Gandhi tumbuh lagi setelah mengingat bahwa langkahnya sudah dilandasi oleh prinsip- prinsip yang benar.


5. Memiliki model / teladan yang positif


Yang penting lagi adalah menemukan orang lain yang boleh kita contohi dari segi kepercayaan dirinya. Ini memang menuntut kita untuk sering membuka mata melihat orang lain yang lebih bagus dari kita lalu menjadikannya sebagai teladan atau idola. Demikian pentingnya peranan orang lain ini, ada yang mengatakan bahwa kita boleh memperbaiki diri dari dua hal:


a) pengalaman peribadi (life experiencing) dan
b) duplicating (mencontoh dan mempelajari orang lain).





Kekuatan Minda Manusia

"Semua insan dilahirkan dan dianugerahkan kuasa ini, malangnya kita tidak menyedari, tidak tahu menggunakan ataupun mempelajari apatah lagi memahirkannya. Kita hanya mengunakan 10% daripada kekuatan minda kita. Selebihnya tidak digunakan dengan betul menyebabkan 75% daripada usaha anda menemui kegagalan. Bayangkan apa berlaku apabila anda memaksimumkan penggunaan minda anda itu. Pastinya keajaiban berlaku ! Hantarkan mesej yang betul kepada teman terhebat anda iaitu 'minda separa sedar' anda yang merealisasikan segala impian anda menjadi kenyataan. Punca utama anda tidak mencapai apa yang anda kehendaki dalam kehidupan adalah kerana anda tidak tahu berkomunikasi dengan minda separa sedar ataupun berkemungkinan anda menghantar mesej yang salah."

p/s: fikir-fikirkanlah

Selamat Ulang tahun Kelahiran Nuzul




Rahsia Berfikir Dan Berjiwa Besar

"Ramai antara kita orang-orang berjiwa kecil, merasa selesa dengan kekecilan kita sendiri. Berbelas dan berpuluh-puluh tahun hidup dalam kekecilan, dikelilingi komuniti orang kecil, berkawan dan bermasyarakat dengan orang-orang berjiwa kecil. Lalu kita pun sebatilah dengan kekecilan itu sehingga tidak dapat melihat lagi yang besar-besar dan tidak termimpikan yang besar-besar dan tidak teringinkan yang besar-besar.. kerana yang besar-besar itu bukan hak orang kecil, tapi hak orang besar."

Agihan Pendapatan Bulanan

@Simpan 1/10 untuk dilupakan.

@Simpan 1/10 untuk melunaskan hutang.

@Simpan 1/10 untuk agama (termasuk zakat) dan sumbangan kemasyarakatan.

@Gunakan 2/10 untuk keluarga.

@Gunakan 1/10 untuk diri sendiri.

@Berikan 1/10 kepada ibubapa.

@Laburkan 2/10 untuk digandakan semula.

@laburkan 1/10 untuk perniagaan sedia ada.
*p/s mudah-mudahan bebas daripada masalah kewangan

Hanya di mercu

Lirik Lagu Hanya Di Mercu
Lagu: Aubrey SuwitoLirik: Habsah Hassan




Mimpi dan harapan
Cecita yang tinggi menjulang
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang



korus:Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani
Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu



Mimpi dan harapan bagaikan duri yang mencengkam
Seandainya ku biar cecita dihati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang



Bridge:Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahan
Aku temui kejayaan
Dalam keberanian







ERTI SEBUAH KEGAGALAN

Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang gagal,
Ianya hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi,
Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa,
Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu,
Kegagalan bukanlah bererti anda seorang bodoh kerana mencuba,
Ia bererti anda berani, anda bererti teguh, bersemangat waja, - Berbanggalah dengan diri anda.
Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak akan Berjaya,
Ianya hanyalah bermakna anda memerlukan sedikit lagi masa,
Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang,
Ianya hanya lah bermakna anda berpeluang untuk bermula semula, mencuba sesuatu yang baru.
Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda,
Ianya hanyalah bermakna dia mempunyai rancangan yang lebih baik untuk anda,
Jadi benarlah, kegagalan itu tidak pernah muktamad.

Meniti Kejayaan

Harga sebuah kejayaan dan kemewahan adalah sangat mahal dan kita kenalah sanggup pay for the price , membayarnya dengan usaha yang gigih dan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Kita perlu mengorbankan masa , tenaga , wang ringgit mahupun kepentingan diri dan keluarga. Jika ada usaha pasti ada jaya.


MEMBURU IMPIAN

Memburu Impian

Ku Jejak
Jalan Yang Berliku
Membara Jiwaku
Memburu Impian
Ku Renang Lautan Gelora
Biarpun Tersadai
Di Hujung Dunia
Akan Ku Rempuhi
Segala Rintangan
Biarpun Rebah
Ku Bangun Sendiri
Akan Ku Genggam
Biarpun Hitam
Menjadi Milikku
Ku Mula
Dengan Langkah Ini

Kisah Ibu Tunggal Berjaya.

Nur jasmina ( bukan nama sebenar) adalah ibu tunggal yang berjaya mengharungi pelbagai cabaran dalam membesarkan anak dan membuka perniagaan sendiri.

"Saya sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Hati saya begitu kecewa. Semuanya apabila suami terlibat dalam judi, habis wang dan barang kemas saya digadaikan. Anak-anak dipukul sesuka hati. Saya disepak terajang. Wang tiada. Suami pulang kerumah, marah-marah, menjerit. Akhirnya, saya diceraikan. Syukur juga, saya lepas daripada penderitaan." Cerita jasmina.

“Lepas daripada penderitaan. Bermula episod baru dalam hidup. Pelajaran saya tidak tinggi, Saya mula bertatih dengan membuat nasi lemak dan meletakkan di warung-warung. Itu pun meminjam modal daripada jiran yang paling rapat. Anak-anak saya tiga orang. Ada tanggungan dan mulut yang perlu disuap.”jasmine meneruskan ceritanya.

Dari hari kehari, semakin banyak permintaan terhadap nasi lemaknya. Jasmine juga mencari pasaran baru dengan mencari warung-warung lain. Sekiranya pada peringkat seterusnya dia juga ada membuat pelbagai jenis kuih untuk dipasarkan. Bermula dengan modal sedikit, dia mengambil seorang pekerja. Permintaan semakin meningkat dengan pulangan yang menguntungkan, dia mengambil pekerja dan membesarkan ruang dapur tempat membuat nasi lemak dan kuih.

Kemudian, akhirnya Nur jasmine mampu mempunyai trademark sendiri untuk kuihnya. Ditambah lagi dengan perusahaan pelbagai kerepek pisang, ubi, dan sukun. Dia mampu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung dan dinobatkan sebagai ibu tunggal Berjaya.

Oleh itu, jangan kita memandang negetif kepada cabaran, masalah dan musibah yang menimpa kita. Gunakan walaupun sedetik bagi memikirkan cara mengatasi masalah kita dengan tindakan-tindakan positif. Melangkahlah dengan positif. Memang susah memecahkan ruyung bagi mendapatkan sagunya. Tetapi, sekiranya tidak dipecahkan ruyung, pasti kita tidak mendapat sagunya!


Renung-renungkanlah

Apa saja bidang yang anda ceburi , kini dan akan datang memerlukan motivasi. Tanpa motivasi , seolah-olah tidak ada enjin yang mengerakkan kereta. anda tidak akan bergerak menuju kejayaan dan kekayaan tanpa motivasi. Anda lebih suka duduk diam dan menerima seadanya , jika tiada motivasi yang mendorong anda untuk bergerak menuju kejayaan dan kekayaan. Seseorang yang ada motivasi tidak akan mudah mengalah , tidak kenal makna putus asa sehingga apa yang dihajati tercapai. Bukankah itu yang anda mahu?

PERJUANGAN

Ucap satu kata
TENTANGAN
Pada angin yang kencang,
Ketika perahu tergoncang,
@@@@@@
Ucap satu kata,
KEPASTIAN
Pada bimbang Yang mengembang,
Ketika cita ada di persimpangan,
@@@@@@
Tapi........ jangan ucap,
Satu kata pun tentang,
KEKALAHAN
Jika perjuangan belum sampai,
Selama hidup belum usia.

My idola

kisah Usahawan Jutawan Sebagai Inspirasi Anda

Nama seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanya terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursa saham.Tidak banyak yang diketahui mengenai latarbelakang beliau. Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM2.15 bilion menduduki tempat ketujuh di dalam senarai 40 orang kaya di Malaysia menurut akhbar perdagangan Business Economics, 2004.Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Beliau bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau dikenali dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernah berpuas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya. Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.Beliau salah seorang yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh singkat. Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari.Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan seorang yang pemurah, menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat bekerja, merendah diri dan tidak gemarkan publisiti.

salam sejahtera

bersua lagi.