Masa Adalah Amanah

Seminit masa berlalu tidak akan kembali selama-lamanya. Satu detik terbuang dengan sia-sia akan bertambah satu titik noda dihati. Di akhirat nanti setiap manusia akal mengharapkan semua detik-detik masa diisi dengan perkara yang berguna.


Mengguruskan penggunaan masa secara terperinci memerlukan kita membuat perancangan teliti antaranya:

1. Menggunakan diari.
Berasaskan objektif tahunan, pecahkan objektif yang hendak dicapai setiap bulan selama 12 bulan, objektif bulan dipecahkan kepada objektif mingguan. Tentukan jumlah hari kerja dalam seminggu. Seterusnya objektif harian dan objektif setiap jam. Jika anda bekerja selama 8 jam sehari tentukan apakah pekerjaan utama yang mesti dilakukan setiap hari dan berapakah jam perlu diperuntukkan.

2. Plan harian.
Rancanglah bagaimana hendak memanfaatkan setiap jam setiap hari secara maksima. Pastikan anda tidur awal agar dapat memulakan kerja diawal hari dengan minda dan badan yang sihat dan segar. Pastikan anda menyemak perancangan kerja anda setiap hari diawal pagi dan dimalam hari. Masukkan tabiat membaca sekurang-kurannya 1 jam sehari.

3. Jika anda berkerja sendiri dan sentiasa membuat pemasaran produk anda, pastikan anda mempunyai temujanji perniagaan ketika sarapan, minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Anda tidak dinamakan berkerja jika anda tidak bertemu pelanggan baru yang belum anda kenali setiap hari.

4. Gunakan masa terluang di dalam kereta dengan mendengar tape-tape motivasi dan ilmu yang boleh meningkatkan diri anda.

5. Jangan lupa merekodkan skil-skil baru yang anda lakukan dan menulis analisa keberkesanan , skil yang produktif atau sebaliknya, sebagai rujukan anda, supaya anda tidak mengulang kesilapan yang sama atau anda mengulang skil yang di dapati amat berkesan.

6. Jika anda dibidang pemasaran gunakan 75% masa kerja untuk bertemu pelanggan baru dan bakinya untuk membuat followup dan memberi khidmat selepas jualan.

7. Tanya diri anda setiap hari, apakah kerja yang paling produktif hari ini?
8. Sentiasalah perbaiki perancangan anda.

9 Fakta Penting Dalam Mencapai Matlamat Anda

1. Kuasai masa anda "Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"
2. Keputusan di tangan anda..Jangan biarkan orang lain menghalang anda. "Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya ada seorang sahaja yang boleh melakukannya untuk selama-lamanya"
3. Hapuskan ketakutan. "Jika anda takut mencuba,anda tidak akan pernah gagal. Tetapi takut untuk mencuba membuat anda tidak akan berjaya".
4. Praktikan sikap positif
5. Gambaran minda "Kejayaan bukan destinasi,ianya adalah perjalanan, anda perlu gambarkan arah kemana tujuan perjalanan tersebut".
6. Bina imej diri positif
7. Capai sebarang peluang yang mendatang "Peluang hanya datang sekali"
8. Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu
9. Ambil tindakan sekarang- Jangan cakap-cakap kosong sahaja. "Action speak louder than words" "1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah hasil usaha"
Keputusan ditangan anda,jangan biarkan sesiapa menghalang anda

Cenderung Kepada Kemiskinan

Ramai yang dibelenggu kemiskinan tidak sedar kenapa mereka tidak berjaya membebaskan diri daripada kemiskinan. Selalunya pelbagai alasan yang yang diberikan bagi menutup kelemahan diri sendiri ataupun menyalahkan takdir padahal kekayaan berada disekeliling mereka.


Kelemahan utama adalah mereka cenderung kepada kegagalan dan kemiskinan. Setiap hari , mereka memikirkan hal-hal kesusahan, kegagalan dan kemiskinan. Mereka bergaul dan hanya berkawan dengan orang yang gagal. Mereka hanya hanya mendengar cakap-cakap orang yang sama kedudukan kewangan dengan mereka. Apabila anda dekat dengan orang yang gagal, anda berfikir seperti mereka. Mereka meletakkan halangan dalam diri dengan memprogramkan minda mereka dengan gambaran dan bayangan kesusahan . Ia ibarat doa yang merealisasikan ketakutan yang terdapat dalam dunia minda mereka.

Apabila anda perhatikan golongan yang gagal, mereka sentiasa memberi ataupun mencipta cerita-cerita yang salah dan memburukkan orang yang berjaya mendapatkan kekayaan. Bagaimana mereka boleh mendapatkan kekayaan sekiranya tertanam rasa benci dengan kekayaan yang diperoleh oleh orang lain? Ia ibarat racun yang membunuh diri mereka. Kenapa perlu takut menggambarkan diri anda dengan kekayaan??????