Adakah susah untuk berfikir positif setiap masa?

Terdapat dua jawapan- bagi mereka yang sudah biasa dengan berfikir positif, cabaran 7 hari ini akan kelihatan mudah. Bagi mereka yang sering diganggu fikiran negatif, akan mendapati cabaran 7 hari ini agak susah (ada sahaja fikiran negatif memasuki fikiran kita).

Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat (habit). Sekiranya anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikir negatif, tanpa anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda menghindarinya.

Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus kearah kejayaan.

Teruskan berfikir positif dan sekiranya fikiran negatif memasuki fikiran anda dalam masa 7 hari ini, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Ini akan melatihkan anda mengamalkan tabiat/habit berfikir positif.

Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba test try!

panduan dalam menempuhi cabaran perniagaan

5 cara yang boleh kita gunakan sebagai panduan dalam menempuhi cabaran perniagaan;

1. Gabungkan kegigihan dan kesanggupan mencuba perkara-perkara baru. Pastikan kita 'setia' pada matlamat kita tetapi jangan hanya 'setia' pada satu cara atau pendekatan. Kita perlu sanggup mencuba cara-cara dan pendekatan baru.

2. Kaji kegagalan yang kita alami. Belajar daripada kegagalan itu supaya kita boleh Berjaya pada lain kesempatan.

3. Kita perlu berani bersikap kritis terhadap diri sendiri. Kenal pasti kelemahan kita dan ambil langkah-langkah spesifik mengatasinya. Dengan demikian, kita menonjilkan sikap seorang yang professional.

4. Hentikan tabiat suka menyalahkan nasib. Kaji setiap kegagalan yang kita tempuhi dan kenal pasti punca kegagalan itu.

5. Ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kenal pasti hikmah setiap cabaran yang membadai dan luputkan kekececewaan dari ingatan kita.

Jaga Kesihatan = Jaga Kewangan

Artikel Pilihan: Jaga Kesihatan = Jaga Kewangan
Oleh: Irfan Khairi

Kekayaan atau kesihatan yang penting? Pastinya ramai akan kata, kesihatan lagi penting. Tapi sering kali, kita hanya mengambil berat tentang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit. Bila tak sakit, mungkin berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat kita amalkan- seperti merokok, makan berlebihan, minum minuman yang manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, baru lah kita akan tersedar dan pantang untuk menjaga kesihatan.

Menjaga kesihatan harus bermula daripada awal sebelum terlewat. Dengan kesihatan yang terjaga, kita juga dapat menjaga kewangan kita pada kos-kos perubatan yang sering menelan beribu ringgit. Antara cara asas menjaga kesihatan kita:

1. Jaga pemakanan kita - jangan makan berlebihan, kurangkan garam dan juga gula. Lebihkan buah buahan dan sayur-sayuran. Makanan terbaik adalah makanan organik (tidak diproses).

2. Bersenam selalu - lakukan senaman dari masa ke semasa. Senaman mudah seperti jogging ataupun berjalan. Bersukan adalah aktiviti sihat yang dapat dilakukan. Tidak minat dengan sukan? lakukan senaman-senaman mudah dari rumah (Turun naik tangga juga bersenam!)

3. Cukupkan rehat - Tidur sedikit awal setiap hari sekiranya anda rasakan badan penat dan lesu. Apa yang anda perlukan adalah rehat yang secukupnya.

Gagal dalam perniagaan

Artikel pilihan: Gagal dalam perniagaan... FRUSTNYA!
Oleh: Irfan Khairi

falling.jpg
Mengapa kita jatuh?



Baru-baru ni ada kenalan saya memberithu beliau terpaksa menutup perniagaannya. Memang sedih... siapa tak sedih bila perniagaan yang diusahakan gagal bukan? Apa nasihat saya?

* Kegagalan perniagaan adalah biasa. Walaupun 9/10 rezeki datang dalam perniagaan, tetapi 9/10 perniagaan gagal. Bukan untuk menakut-nakutkan anda yang ingin berniaga, tatapi, sememang hakikatnya. Jangan risau kalau perniagaan pertama kita gagal. Atau perniagaan kedua. Atau perniagaan ketiga pun gagal... atau perniagaan ke empat... ke lima... ke enam... dan seterusnya! Janji jangan berputus asa oleh kerana sekiranya rezeki kita di situ, pastinya perniagaan kita akan berjaya juga satu hari nanti
* Gagal selepas berusaha tak mengapa. Jangan gagal sebelum berusaha! Ertinya, tidak mengambil langkah pertama kerana "takut". Sebabkan takut kegagalan, kita tak mulakan perniagaan. Tetapi, kalau berniaga dan kita gagal pula, ianya bukan satu masalah. Malahan, dalam kegagalan tersebut pastinya kita telah pelajari suatu yang amat penting. Satu ilmu yang tidak boleh di beli dari mana-mana... cuma dari pengalaman!
* Pastinya ada hikmah sebalik kegagalan tersebut. Yakin bahawa bila pintu rezeki tertutup, pasti ada tingkap lain terbuka. Mungkin rezeki kita bukan pada perniagaan itu. Mungkin pula rezeki kita dalam perniagaan lain. Apa pun, segala apa yang terjadi, pastinya terdapat hikmah yang lebih baik disebalik kegagalan tersebut.

Teringat saya filem The Dark Knight. Bruce Wayne (masa kecik) bertanya, "Why do we fall?", dan jawapan yang dia dapat adalah "Because we can learn to pick ourselves up again!"

So, don't worry. Be happy... tak mengapa untuk frust. Biasalah, siapa tak frust cita2 yang kita idamkan belum kecapaian. Tetapi, apa yang penting bukanlah kegagalan tersebut, tetapi, bagamana kita bangun selepas kegagalan.

Selamat hari malaysia

Kepada semua rakyat malaysia, selamat menyambut hari malaysia..

Kenapa Anda Selalu Gagal

Jika anda mempunyai tabiat selalu memfokuskan minda anda kepada apa yang anda tidak mahu, maka ini masanya untuk menyedari bahawa ia hanya akan membawa anda lebih jauh daripada apa yang anda mahu.

Yang nyata, anda sedar apa yang anda fikirkan adalah satu langkah yang besar kehadapan. Kebanyakkan orang tidak tahu apa yang mereka fikirkan, sebaliknya mereka hanya terus bertindak mengikut pemikiran mereka itu.

Walau bagaimanapun penelitian dan pemerhatian ke atas apa yang anda fokuskan terhadap pemikiran anda pada setiap masa adalah KUNCI untuk mencipta kehidupan yang anda idamkan.

Semua orang mahu kehidupan yang lebih baik. Dalam percubaan untuk mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik, mereka sering membeli buku motivasi, menghadiri seminar pembangunan diri dan juga kursus untuk memulakan perniagaan, tetapi mengapa percubaan mereka selalu gagal.

Mungkin anda telah beberapa kali menghadiri kursus dan seminar, mendengar keset, CD dan membaca buku, sistem, kaedah, teknik tentang motivasi, program pembangunan diri dan juga peluang-peluang perniagaan, tapi pada akhirnya ia tidak dapat menghasilkan keputusan yang anda harapkan.

Kenapa ia tidak berhasil?

Kenapa kebanyakkan program pembangunan gagal untuk diaplikasikan?

1. Kita takut untuk berubah

program strategi pembangunan diri yang anda gunakan, anda perlu ada satu titik keputusan untuk mengambil satu tindakan PERUBAHAN. Ia mungkin perubahan yang kecil atau perubahan besar. Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk keluar dari ‘ZON SELESA’ anda.

Untuk betul-betul berubah kita perlu lakukannya, keluarlah dari kepompong itu. Kejayaan hanya milik orang-orang yang berani untuk berubah.

Minda bawah sedar anda dalam keadaan biasa tidak suka pada perubahan. Ternyata ia dijadikan untuk menahan dari sebarang perubahan, dalam keadaan biasa, ia tidak suka pada perubahan.

Ternyata ia dijadikan untuk menahan dari sebarang perubahan dan membiarkan anda untuk terus seperti keadaan mana anda sekarang. Ini disebabkan minda bawah sedar adalah satu mekanisme survival (kelangsungan hidup) yang menjadi fungsi utamanya. Ia mengerti apa sahaja jenis perubahan sebagai amaran untuk kelangsungan hidup kita.

2. Kita mahu keputusan segera / cepat.

Masyarakat sekarang banyak dipengaruhi oleh media dan pengiklanan yang mengharapkan ‘keputusan yang cepat dan segera’. Maka mereka mahukan ia ‘SEKARANG’ dan ingin melihat keputusan serta-merta dalam satu sesi, satu hari, satu minggu, satu tajuk buku dan lain-lain lagi. Jika mereka tidak dapat keputusan segera, mereka hilang semangat dan berputus asa.

Keputusan segara adalah tidak mustahil, tetapi kadangkala anda memerlukan masa tambahan untuk selarikan tenaga anda dengan keinginan anda. Jika anda tidak dapat selarikan tenaga anda dengan betul, anda mungkin tidak dapat mencapai matlamat anda.

Kemahuan untuk mendapat keputusan atau ganjaran yang segera selalunya membuatkan seseorang itu mengambil masa untuk selarikan tenaga mereka. Jadi sebenarnya ia ‘mengambil masa yang lebih lama’ untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

3. Kita berputus asa terlalu cepat.

Hampir semua orang terlalu cepat untuk berputus asa. Ini berpunca daripada keinginan untuk mendapat hasil, ganjaran dan keputusan yang segera. Bagaimanapun salah satu daripada sebab mengapa anda berputus asa terlalu cepat adalah kerana anda melihat kepada halangan-halangan dan cabaran-cabaran yang sementara sebagai bukti dan alasan, mengapa anda tidak boleh mencapai matlamat anda.

Apabila ianya terjadi anda menyalahkan diri anda sendiri, ataupun program-program pembangunan diri, kursus-kursus motivasi, seminar, buku, keset dan lain-lain lagi sebagai penyebab ketidakupayaan anda untuk mencapai matlamat dan anda akan berputus asa dengan cepat.

4. Anda Hanya ‘MENCUBA’, sepatutnya anda perlu ‘LAKUKAN’.

Kebanyakkan orang hanya ‘mencuba’ untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Masalahnya di sini ialah, setiap kali anda mencuba, anda sebenarnya membuat persiapan untuk menemui kegagalan pada diri anda.

ealitinya anda tidak boleh mencuba untuk melakukan sesuatu. Ia hanya ada dua pilihan, samada anda mahu LAKUKAN atau TIDAK. Jadi sebenarnya tiada istilah ‘mencuba’ untuk berjaya.

Minda anda mungkin menolak konsep ini, tetapi ia adalah benar. Anda mungkin berkata,�saya telah mencuba bermacam-macam perkara itu dan ini, dan akhirnya saya berjaya juga�. Okey, anda berjaya apabila anda berhenti mencuba dan mula melakukannya.

Anda telah lakukan apa yang anda perlu lakukan untuk mencapai matlamat anda. Jadi pelajaran dan pengajarannya di sini ialah anda tidak boleh berjaya selagi anda ‘mencuba’. Tetapi apabila anda berhenti mencuba dan mula lakukan anda boleh mula mengharapkan keputusannya.

Bila seseorang ‘mencuba’ program pembangunan diri, mereka serta-merta menjuruskan diri mereka ke arah kegagalan. Mencuba merupakan ‘binaan-dalam’ kepada kegagalan kerana jika kita mencuba sesuatu dan tidak berjaya, kita biasanya hanya mampu berkata ‘tak mengapa, sekurang-kurangnya aku telah mencuba�. Tetapi itu menunjukkan anda tidak dapat apa yang anda mahukan.

Masalahnya di situ ialah, anda hanya boleh mempunyai dua perkara dalam hidup iaitu, alasan atau jawapan. Dengan kata lain, samada anda memiliki apa yang anda mahukan atau anda memiliki sebab atau alasan mengapa anda tidak dapat memiliki apa yang anda mahukan. Tetapi di sana tidak ada jalan tengah.

Maknanya di sini ialah, kejayaan atau kegagalan mana-man program pembangunan diri (atau perkara-perkara lain) ini adalah berdasarkan kepada tindakan anda samada anda terus ‘ melakukan’ atau hanya ‘ mencuba untuk lakukan’.

Mereka yang ‘mencuba’ saya jamin akan gagal. Mereka yang ‘lakukan’ (tindakan berterusan sehingga mereka mendapat keputusan yang mereka inginkan) adalah orang-orang yang mencapai impian hebat yang mereka idam-idamkan selama ini.

5. Anda hanya focus kepada ‘APA dan BAGAIMANA’ sepatutnya ‘KENAPA’ (IMPIAN).

Hampir semua orang yang gagal dalam usaha membangunkan diri, perniagaan, kejaya, kewangan dan lain-lain adalah kerana mereka hanya terlalu focus kepada ‘APA dan BAGAIMANA’ mereka perlu lakukan untuk mendapat apa yang mereka mahukan.

Sepatutnya mereka perlu lebih memberi focus yang khusus ‘KENAPA’ mereka mahukannya. Jika anda hilang fokus kepada ‘KENAPA’ anda mahu apa yang anda mahu, (why you want what tou want) daripada anda fokus kepada APA dan BAGAIMANA ia perlu diselesaikan, anda akan hilang motivasi dan semangat anda serta berputus asa bila keadaan menjadi bertambah sukar dan getir.

Kecuali anda secara berterusan fokus kepada KENAPA (WHY) – Faedah atau apa yang akan anda perolehi apabila anda mencapai matlamat anda – Anda tidak akan boleh untuk membuat perubahan yang anda idamkan dan anda akan putus asa secepat mungkin bila halangan yang datang bertali arus.

Apa yang perlu dilakukan ialah anda membuat keputusan betapa PENTINGNYA anda mempunyai sebab kenapa anda mahu. KENAPA anda mahu apa yang anda mahu?. Lupakan tentang apa yang perlu anda LAKUKAN untuk mendapatkannya. Ia akan menjaga dirinya sendiri.

Jika anda tidak jelas KENAPA anda mahu apa yang anda mahu (why you want what you want) – (faedahnya anda akan perolehi bila anda mencapai matlamat anda) dan anda tidak serius mengambil tindakan terus sehingga anda mencapainya.

Lebih baik! anda tidak perlu membuang masa anda untuk membaca pelajaran yang selanjutnya. Sebaliknya anda duduk di dalam ‘zon selesa’ anda dengan berehat di atas sofa, tonton TV sambil minum coke dan makan kacang atau pun keropok lekor dan hanya lakukan apa yang biasa anda lakukan dan saya jamin anda akan dapat apa yang anda biasa dapat sekarang ini.

Tetapi jika anda ghairah ataupun ada rangsangan yang hebat dalam diri anda tentang membuat perubahan yang besar dalam hidup anda, jika anda betul-betul bersedia untuk menarik apa yang anda idamkan selama ini, dan anda anda tidak akan berasa berputus asa sehingga anda mencapainya, maka sesuatu yang indah akan berlaku dalam hidup anda.

Kata-kata pujangga