Kisah Ibu Tunggal Berjaya.

Nur jasmina ( bukan nama sebenar) adalah ibu tunggal yang berjaya mengharungi pelbagai cabaran dalam membesarkan anak dan membuka perniagaan sendiri.

"Saya sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Hati saya begitu kecewa. Semuanya apabila suami terlibat dalam judi, habis wang dan barang kemas saya digadaikan. Anak-anak dipukul sesuka hati. Saya disepak terajang. Wang tiada. Suami pulang kerumah, marah-marah, menjerit. Akhirnya, saya diceraikan. Syukur juga, saya lepas daripada penderitaan." Cerita jasmina.

“Lepas daripada penderitaan. Bermula episod baru dalam hidup. Pelajaran saya tidak tinggi, Saya mula bertatih dengan membuat nasi lemak dan meletakkan di warung-warung. Itu pun meminjam modal daripada jiran yang paling rapat. Anak-anak saya tiga orang. Ada tanggungan dan mulut yang perlu disuap.”jasmine meneruskan ceritanya.

Dari hari kehari, semakin banyak permintaan terhadap nasi lemaknya. Jasmine juga mencari pasaran baru dengan mencari warung-warung lain. Sekiranya pada peringkat seterusnya dia juga ada membuat pelbagai jenis kuih untuk dipasarkan. Bermula dengan modal sedikit, dia mengambil seorang pekerja. Permintaan semakin meningkat dengan pulangan yang menguntungkan, dia mengambil pekerja dan membesarkan ruang dapur tempat membuat nasi lemak dan kuih.

Kemudian, akhirnya Nur jasmine mampu mempunyai trademark sendiri untuk kuihnya. Ditambah lagi dengan perusahaan pelbagai kerepek pisang, ubi, dan sukun. Dia mampu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung dan dinobatkan sebagai ibu tunggal Berjaya.

Oleh itu, jangan kita memandang negetif kepada cabaran, masalah dan musibah yang menimpa kita. Gunakan walaupun sedetik bagi memikirkan cara mengatasi masalah kita dengan tindakan-tindakan positif. Melangkahlah dengan positif. Memang susah memecahkan ruyung bagi mendapatkan sagunya. Tetapi, sekiranya tidak dipecahkan ruyung, pasti kita tidak mendapat sagunya!